Dipersembahkan:Islam

Blog ini untuk semua orang.Harap selepas membaca blog ini akan tmbul satu keinsafan keatas diri pembaca.Semoga anda amalkan apa yg di beritahu...

Jumaat, 9 Disember 2011

Akhir zaman

 Sekarang ni,pelbagai-bagai petunjuk dan tanda-tanda kiamat kecil....Adakah kita sedar.....
Artis disanjung,insan sanggup menjual agama dan MARUAH,zina berleluasa,dan sebagainya lagi....
            Tentang insan menjual agamanya...ini baru saja saya dapat dari seorang penceramah di surau Al-Amin...katanya:
               "Zaman sekarang penceramah2 Islam  bukan inginkan ilmunya di sebarkan tapi duit....Itulah yg menyebabkan ada yg pening tentang beberapa perkara...mereka ni bukanlah bijak sangat tentang agama....kalau tak tahu bukan nak kata tak tahu tapi dibuat pula  jawapan lain.Takkah menipu tu?
                Ilmu ni adalah amanah daripada Allah.Kalau disimpan akan hilang...bukan macam duit...ko simpala...sampai kiamat pun ada lagi...."
          Ini  ada satu kisah tentang nabi.Nabi apa saya tak tahu.
Ceritanya begini.....
          Suatu malam seorang nabi  bermimpi.Dalam mimpinya ada suara yg berkata"Ya Rasulullah,Esok kamu bertolak ke timur...benda pertama kau nampak ,kamu perlu makannya...benda yg kedua sembunyikannya ...benda yg ketiga ,jangan hampakan harapan orang lain.dan akhir sekali,lari jauh2"Keesokkan harinya Nabi itu pun melangkah ke timur.Benda pertama yg dia nampak adalah bukit.Bukit itu terlalu besar dan jauh.Nabi itu   tetap berjalan ke bukit itu.Semakin lama dia datang,semakin lama bukit itu mengecil.Akhirnya bukit yg dinampak besar itu adalah sebuku roti yg bermadu.Nabi tersebut memakan roti itu dan menyambung perjalanannya.
           Benda yg kedua Nabi itu terjumpa ialah mangkuk emas.dia menanam mangkuk tersebut.tetapi,apabila dia melangkah pergi mangkuk tersebut menimbul semula.Setelah 3 kali nabi tersebut  menanamnya .Mangkuk tersebut tetap timbul.Akhirnya nabi tersebut meneruskan perjalanannya tanpa  menanam mangkuk itu.
           bersambung......

Khamis, 8 Disember 2011

Ke mana arah REMAJA?

     Di dlm Al-Quran,surah AN-Nur ayat 31:
'dan katakanlah kpd perempuan2 yg beriman,spy MENYEKAT PANDANGAN mereka drpd memandang yg hrm.......'

Sekarang ramai wanita dan remaja perempuan meminati pelakon korea lelaki...bila ditanya mengapa?mereka menjawab""Kami teruja dengan KETAMPANAN DAN KECOMELAN HERO ATAU PELAKON mereka"
 Dan apabila dikatakan 'tidak salahkah kalau kamu melihat mereka?'...mereka menjawab pula"Kami wanita tiada mslah bila mlht llaki berbanding lelaki yg diwajibkan menundukkan pandangan kerna mereka lbh terdedah kpd godaan bila melihat wanita..."
tidakkah itu salah?
tidakkah itu telah terang2 melawan perintah Allah..
memang betul lelaki perlu menundukkan pandangannya...tetapi cuba tengok ayat  di atas...
    Cuba baca kisah Nabi Yusuf .Wanita2 itu melihat Yusuf dengan penuh perhatian.Kemudian muncul nafsu untuk bersyahwat...tidakkah itu membuktikan wanita juga boleh digoda dengan ketampanan lelaki...
fikir-fikrkanlah...

Sabtu, 5 Mac 2011

Sedarlah Wahai Umat Islam,

Assalamualaikum,
               Selama 24 jam saya dan rakan-rakan saya diberikan tips,nota,nasihati dan pelbagai lagi ..
tapi sebabnya hanya satu...BERJIHAD KE JALAN ALLAH.
Selama 24 jam itu jugalah,telah menginsafkan saya,
Seorang insan yang nakal,degil,panas baran dan pelbagai lagi.....
Bukan saya saja,tapi rakan-rakan persejuangan saya.

                 Saya menyusun sepuluh jari mewakili murid-murid Pengawas SRA***
meminta maaf kepada ustaz dan ustazah yang bersama kami dalam program. sekiranya ada kesalahan.

Saya harap seluruh umat islam bersembahyang berjemaah solat Subuh dan mangrib.
Sekiranya pada waktu itu seluruh umat islam menunaikan solat bersama-sama..
Insyaallah,umat islam akan bangkit.

Khamis, 17 Februari 2011

Sejarah Manusia

 Adakah wujud zaman batu?zaman logam?Saya ada bukti yang menunjukkan zaman-zaman ini TIDAK PERNAH WUJUD..Cuba fikir,Nabi Adama diturunkan oleh Allah dengan berpakaian,pandai berkata,waras dan boleh membuat kaabah.Bagaimana Zaman batu yang orang tidak boleh berkata boleh wujud?

Sabtu, 29 Januari 2011

Menutup Aurat

Kepada perempuan,ibu dan bapa

Dewasa ini kita menyaksikan ramai wanita yang telah memakai tudung di tempat-tempat awam samada yang berjubah, berbaju kurung atau berseluar. Ini merupakan satu fenomena yang baik jika dibandingkan dengan zaman datuk nenek kita yang mana sukar untuk kita melihat para wanita memakai tudung. Namun begitu, ada juga sesetengah wanita di zaman ini yang kurang mengerti apakah pengertian sebenar menutup aurat. Sekadar memakai tudung di tempat-tempat awam telah disangkanya menutup aurat, sedangkan menutup aurat dan hanya memakai tudung melitupi kepala adalah dua perkara yang berbeza. Fenomena bertudung ini akan bertambah baik sekiranya para wanita memahami pengertian aurat dan bagaimana menutup aurat dengan sempurna serta mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Artikel ini akan cuba untuk mendefinisikan apakah aurat wanita yang sebenar dan penulis akan membawakan dalil yang menunjukkan kewajipan menutup aurat menurut al-Quran dan Sunnah, syarat-syarat pakaian yang menutup aurat menurut syara’ serta definisi mahram.
Kepentingan menutup aurat
                Mengapa manusia perlu menutup aurat? Dan mengapa urusan berpakaian ini tidak diserahkan kepada manusia? Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah pencipta kita, Dia lebih mengetahui perihal hambaNya lebih daripada hambaNya mengenali dirinya sendiri. Jika urusan pakaian ini diserahkan kepada manusia, nescaya ia boleh membawa kepada kerosakan. Kita lihatlah sendiri, sedangkan hukum pun telah ditetapkan, ramai wanita yang hampir sahaja bertelanjang di luar sana, apatah lagi jika hukum ini diserahkan kepada manusia. Setiap insan, baik lelaki mahupun wanita, perlulah berpegang teguh dengan pakaian syar’ie iaitu cara penutupan aurat yang telah ditetapkan oleh Allah. Tidak semestinya perihal berpakaian ini termasuk urusan keduniaan, maka kita sewenang-wenangnya boleh melanggar perintah ini. Seperti yang kita sedia maklum, Islam merupakan agama yang meliputi urusan akhirat dan dunia. Oleh itu, ketaatan merupakan suatu kewajipan bagi kita terhadap kedua-dua jenis urusan ini, baik ukhrawi mahupun duniawi.
Definisi aurat
Dari segi bahasa, aurat membawa maksud kecacatan atau keaiban pada sesuatu. Ia juga bermaksud apa jua yang ditutupi oleh manusia kerana rasa malu[1]. Manakala secara istilahnya, aurat bermaksud setiap anggota yang wajib ditutup dan haram untuk dilihat[2]. Di sini, penulis akan membincangkan apakah anggota yang wajib ditutup oleh seorang wanita Muslimah yang telah baligh. Apabila kita membincangkan aurat yang wajib ditutup, ia mempunyai cabang yang banyak; aurat di hadapan mahram, aurat di hadapan bukan mahram (ajnabi), aurat di hadapan suami, aurat di hadapan wanita Muslimah atau kafir. Tulisan ini secara khususnya akan membincangkan aurat yang wajib ditutup di hadapan bukan mahram. Definisi mahram dan penerangan lanjut mengenainya akan diterangkan kemudian di dalam penulisan ini.
Dalil wajibnya menutup aurat
                Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)
Allah Ta’ala juga menyebut di dalam al-Quran :
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)
Seterusnya, Allah Ta’ala juga menyebut :
 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)
Ini ialah perintah yang turun dari tujuh petala langit kepada para wanita Muslimah supaya memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dan hendaklah para wanita bersegera untuk menyahut seruan Allah ini kerana ia merupakan tanda keimanan, kehambaan serta kepatuhan kita kepadaNya. Ayat-ayat suci ini diulas dan diperincikan dengan lebih lanjut oleh hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam supaya para wanita memahami bagaimanakah untuk menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh agama dan bukannya menutup aurat mengikut syariat sendiri ataupun kemahuan sendiri.
Dalam masalah aurat ini, Dr. Abdul Karim Zaidan hafizhahullah mengatakan kaedah yang diguna pakai secara umumnya ialah : “Setiap aurat wanita wajib ditutup dan disembunyikan dari pandangan lelaki yang bukan mahram, dan anggota badan wanita yang bukan aurat boleh dinampakkan dan tidak perlu ditutup dari pandangan lelaki yang bukan mahram melainkan jika ada sebab-sebab tertentu”[3]. Apakah anggota badan wanita yang dikira aurat dan apa pula yang bukan aurat? Majoriti para ulama’ mengatakan bahawa seluruh anggota badan wanita ialah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu menafsirkan ‘kecuali yang (biasa) nampak daripadanya’ dari ayat 31 dalam surah al-Nuur sebagai muka dan tapak tangan[4].  Jadi setiap wanita Muslimah yang telah baligh wajib menutup seluruh anggota badannya dari pandangan lelaki yang bukan mahram kecuali muka dan kedua tapak tangannya.
Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha maksudnya : “Asma’ binti Abi Bakr al-Siddiq masuk menemui Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dan dia memakai pakaian yang nipis, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berpaling daripadanya dan berkata : ‘Wahai Asma’, sekiranya seorang wanita telah didatangi haid, anggota badannya tidak boleh diperlihatkan kecuali ini dan ini’, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan ke mukanya dan kedua tapak tangannya”[5].
Syarat pakaian wanita Muslimah
Menutup aurat bukanlah juga semata-mata tidak menampakkan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan, tetapi syariat Islam telah menetapkan beberapa syarat pada pakaian wanita Muslimah. Setiap syarat ini perlu dipatuhi supaya ianya memenuhi maksud menutup aurat itu sendiri. Jika salah satu syarat ini tidak dilaksanakan oleh seseorang wanita itu, maka ia tidak dikira sebagai menutup aurat.
Pertama; hendaklah pakaian itu melitupi seluruh badan kecuali anggota yang bukan aurat. Syarat ini telah dibahaskan serba-sedikit di atas. Di sini, penulis akan menyebutkan jenis-jenis pakaian wanita yang digunakan untuk menutup aurat.
1)       Khimar (tudung). Perkataan khimar ini ada disebutkan di dalam al-Quran dalam surah al-Nur ayat 31. Allah Ta’ala berfirman : وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ. Khimar bermaksud kain yang digunakan untuk menutup kepala. Disebutkan di dalam tafsir al-Qurtubi bahawa sebab ayat ini turun adalah kerana wanita pada masa itu memakai tudung dengan mengikatnya dan melabuhkannya ke belakang, oleh itu ia menampakkan leher dan telinga. Kemudian Allah memerintahkan supaya tudung tersebut dilabuhkan ke atas tempat potongan leher supaya ia menutup dada mereka[6]. Oleh itu, dari ayat ini serta sebab turunnya ayat ini, jelaslah seorang wanita Muslimah itu mesti memakai tudung dengan sempurna dengan tidak menampakkan leher, telinga dan dada.
2)       Jilbab. Perkataan jilbab disebut di dalam al-Quran dalam surah al-Ahzab ayat 59. Allah Ta’ala berfirman : يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا. Ibn al-‘Arabi rahimahullah berkata mengenai tafsir ayat di atas : ‘Manusia berselisih pendapat mengenai makna ‘jilbab’ dengan lafaz yang saling menghampiri maknanya antara satu sama lain. Secara umumnya, ia adalah baju yang dipakai untuk menutup seluruh anggota badan’[7]. Jilbab atau dalam erti kata lainnya, pakaian yang menutup aurat wanita itu wajib dipakai ketika keluar dari rumah supaya aurat wanita terlindung dari pandangan lelaki ajnabi. Selain itu, ia juga wajib dipakai walaupun di dalam rumah sekiranya ada lelaki yang bukan mahram. Ini adalah satu perkara yang sering disalah fahami oleh wanita zaman sekarang. Mereka beranggapan bahawa menutup aurat itu hanya apabila keluar dari rumah sedangkan aurat itu perlu ditutup dari terlihat oleh lelaki yang bukan mahram, tidak kiralah walau di mana jua pun tempatnya.
Kita telah mengetahui bahawa wanita wajib menutup seluruh anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan, adakah ini bermakna panjang kain wanita itu tiada hadnya dan dia boleh melabuhkannya sesuka hati? Kita lihat suatu hadis yang berbunyi : ‘Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha isteri Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata kepada Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam ketika Baginda menyebut mengenai kain sarung (larangan melabuhkannya bagi lelaki) : Bagaimana pula dengan wanita wahai Rasulullah? Baginda berkata : Labuhkanlah ia sejengkal. Ummu Salamah berkata : Jadi akan terlihatlah kaki kami. Baginda berkata lagi : Labuhkanlah sehasta dan tidak boleh lebih dari itu[8]. Maksud hadis ini ialah wanita boleh melabuhkan kainnya dengan kadar sehasta dari paras tengah betis dan tidak boleh lebih dari itu kerana hadis ini telah jelas melarangnya. Pada zaman Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam, para wanita melabuhkan kain untuk menutup kedua kakinya.
Kedua; hendaklah pakaian itu tebal dan tidak nipis. Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : ‘Dua golongan dari ahli neraka yang tidak pernah aku lihat : satu kaum yang mempunyai cemeti seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya, dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, mereka jauh dari ketaatan kepada Allah serta mengajar yang lain tentang perbuatan mereka (tidak menutup aurat), kepala mereka seperti bonggol unta, mereka ini tidak masuk syurga dan tidak mencium bau syurga sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak ini dan ini’[9].
                Hadis ini menunjukkan bahawa haramnya bagi seorang wanita untuk memakai pakaian yang nipis yang menampakkan warna kulit. Ibn Abd al-Barr berkata : ‘Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam memaksudkan wanita yang memakai pakaian yang nipis yang menyifatkan badan mereka serta tidak menutupinya, mereka ini secara namanya berpakaian tetapi pada hakikatnya bertelanjang’[10].
                Ketiga; hendaklah pakaian itu longgar dan tidak ketat. Pakaian yang ketat dan menampakkan susuk tubuh wanita tidak memenuhi maksud menutup aurat kerana ia boleh membangkitkan syahwat dan mendatangkan fitnah serta kerosakan. Pakaian yang ketat tetap dilarang walaupun ianya tebal dan tidak nipis. Dalam sebuah hadis dari Ibn Usamah bin Zaid dari bapanya, beliau berkata : ‘Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam memakaikan aku qubtiyyah (sejenis pakaian dari Mesir yang nipis berwarna putih)  yang tebal, yang dihadiahkan oleh Dihyah al-Kalbi. Lalu aku memakaikannya pada isteriku. Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata kepadaku : ‘Mengapa kamu tidak memakai qubtiyyah?’ Aku berkata : ‘Wahai Rasulullah, aku telah memakaikannya pada isteriku’. Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : ‘Pergilah kepadanya dan suruhlah dia memakai ghilalah[11] di bawahnya, sesungguhnya aku takut ia akan menampakkan susuk tubuhnya’[12].
                Apakah faedahnya memakai pakaian lain di dalam sedangkan baju tersebut adalah tebal? Ini kerana ada baju yang boleh menampakkan susuk tubuh walaupun ia tebal kerana tekstur baju tersebut yang lembut dan licin. Maka oleh itu, wanita perlulah memakai pakaian lain di dalamnya supaya tidak menampakkan lekuk tubuh. Begitu juga jika pada asalnya baju tersebut memang ternyata ketat dan mengikut bentuk tubuh badan, maka ia juga tidak memenuhi syarat menutup aurat dan seorang wanita Muslimah tidak boleh berpakaian sedemikian rupa.
                Keempat; pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki. Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata : ‘Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki’[13]. Apabila dalam suatu hadis menyebut perkataan ‘laknat’, ini membawa maksud bahawa perbuatan itu merupakan suatu dosa yang besar. Terdapat banyak lagi hadis yang melarang lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Ibn Hajar rahimahullah menjelaskan bahawa perkara yang dilarang serupa antara lelaki dan wanita ialah pakaian, perhiasan, cara bercakap dan cara berjalan[14].
Definisi mahram
                Adalah amat penting bagi para wanita untuk mengetahui siapakah mahram mereka supaya mereka dapat menjaga aurat dari terlihat oleh orang yang tidak sepatutnya. Mahram ialah lelaki yang haram dikahwini oleh seseorang wanita buat selama-lamanya contohnya bapa kepada si perempuan. ‘Kemahraman’ seseorang itu boleh terjadi sebab nasab (keturunan), penyusuan atau al-mushoharah (disebabkan oleh perkahwinan).
                Mahram dari sebab keturunan disebutkan oleh Allah Ta’ala dalam ayat 31 surah al-Nur.  Mereka ialah :
  1. Bapa; iaitu bapa dan ke atas (datuk, moyang dan seterusnya) kepada si perempuan, samada dari sebelah bapa atau ibunya.
  2. Anak lelaki; iaitu anak kepada si perempuan. Termasuk di dalamnya ialah anak lelaki kepada anak (cucu) dan ke bawah, samada daripada anak lelaki atau perempuan.
  3. Adik-beradik lelaki; samada daripada yang seibu dan sebapa, atau seibu sahaja atau sebapa sahaja.
  4. Anak lelaki kepada adik-beradik lelaki dan ke bawah.
  5. Anak lelaki kepada adik-beradik perempuan dan ke bawah.
  6. Bapa saudara dari sebelah ibu dan bapa; mereka adalah mahram yang disebabkan keturunan walaupun tidak disebutkan dalam ayat 31 surah al-Nur. Ini kerana mereka menduduki tempat ibubapa. Bapa saudara turut dipanggil bapa; ini direkodkan dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 133, apabila anak-anak Nabi Yaakob ‘alayhis-salam berkata : ‘Kami (akan) menyembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu (iaitu) Ibrahim, Isma’il dan Ishaq..’. Nabi Isma’il ‘alayhis-salam adalah bapa saudara kepada anak-anak Nabi Yaakob ‘alayhis-salam.
Manakala mahram yang disebabkan oleh penyusuan pula disebut dalam suatu hadis dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha beliau berkata : Selepas turunnya ayat hijab, Aflah, saudara kepada Abu Qu’ais, meminta izin daripadaku untuk masuk, aku berkata : Aku tidak akan benarkan sehinggalah aku minta izin daripada Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam, ini kerana bukan Abu Qu’ais yang menyusukan aku tetapi isterinya yang telah menyusukan aku. Kemudian Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam masuk kepadaku, lalu aku berkata kepada Baginda : Aflah, saudara Abu Qu’ais meminta izin kepadaku tetapi aku tidak benarkan sehinggalah aku meminta izin darimu. Lalu berkata Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam : ‘Apa yang menghalang engkau untuk membenarkan bapa saudaramu masuk kepadamu?’ Aku berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya bukan lelaki itu yang menyusukan aku tetapi isteri Abu Qu’ais yang menyusukan aku. Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : ‘Izinkanlah dia, sesungguhnya dia adalah bapa saudaramu’. Berkata ‘Urwah : Oleh itu, ‘Aisyah mengatakan apa yang haram disebabkan keturunan itu adalah haram juga disebabkan penyusuan[15].
Dan mahram yang disebabkan oleh mushoharah bermaksud mahram yang disebabkan oleh perkahwinan. Contohnya, bapa kepada si suami (bapa mertua) menjadi mahram dan haram berkahwin dengannya selama-lamanya walaupun perempuan tadi telah bercerai dengan suaminya. Begitu juga anak lelaki kepada si suami yang datang daripada isterinya yang lain juga menjadi mahram kepada perempuan tadi. Dan suaminya juga menjadi mahram kepada ibu perempuan.
Inilah serba-sedikit perincian mengenai hukum-hakam dalam menutup aurat. Semoga para wanita Muslimah dapat memahami apakah tuntutan syara’ yang sebenar dalam kewajipan mereka untuk menutup aurat dan semoga setiap butir ilmu ini dijadikan amalan dan praktikal dalam kehidupan seharian. Allahu’alam.

Jumaat, 7 Januari 2011

KISAH RAJA IBLIS BERTEMU NABI MUHAMMAD S.A.W

kisah Raja Iblis bersoal jawab dengan Nabi Muhammad s.a.w. Kisah ini saya baca daripada buku tulisan Muhammad Bin Hj. Mohd Said, seorang guru di Madrasah Al-Sibyan, Singapura. Buku tersebut bertajuk “ Kisah Iblis Menghadap Nabi Muhammad S.A.W”. Menurut penulisnya, kandungan buku tersebut dapat memberi nasihat dan pengajaran serta menjadi perisai untuk menolak segala tipu daya syaitan laknatullah. Pesannya melalui pengenalan penulis, bagi sesiapa yang telah membaca kisah ini, diharap dapat menyebarkan kepada sahabat handai yang lain, mudah-mudahan kebaikan berterusan. Insyaallah.

Dalam kisah tersebut, ada 40 soalan yang dikemukakan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada Raja Iblis. Raja Iblis yang berjumpa dengan Baginda Nabi Muhammad setelah Malaikat menyampaikan arahan Allah untuk Raja Iblis bertemu dengan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Malaikat bertemu Raja Iblis dan menyampaikan perintah Allah, lalu berkata Malaikat, “ Hai, Iblis! Bahawa Tuhan yang Maha Mulia lagi Maha Besar menyuruh engkau bukakan segala rahsiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad s.a.w itu hendaklah engkau jawab dengan sebenarnya. Jika engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun, nescaya diputuskan segala suku-suku daripada anggotamu dan segala uratmu serta diseksa engkau dengan azab yang amat keras”. Pergilah Raja Iblis bertemu Nabi Muhammad s.a.w. Raja Iblis menyerupakan dirinya seperti seorang tua yang matanya buta sebelah, dan berjanggut putih. Maka, berilah Raja Iblis salam sebanyak tiga kali kepada Baginda Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Raja Iblis bertemu dengan Nabi Muhammad, seorang rasul, pesuruh Allah. Tiada dijawab salam yang diucapkan oleh Raja Iblis itu. Nabi Muhammad mengetahui akan siapa sebenarnya disebalik wajah seorang tua itu. Baginda menerangkan bahawa salam itu sangat mulia, hanya salam engkau wahai iblis tidak dijawab kerana Allah telah mengharamkannya. Selepas itu, bermulalah soal jawab antara Nabi Muhammad dengan Raja Iblis syaita alaihi laknat.

Soalan pertama ialah siapakah seteru yang paling besar kepada iblis? Maka, jawab Raja Iblis, musuhnya yang paling besar adalah Nabi Muhammad s.a.w. Raja Iblis menerangkan bahawa sebarang rupa boleh ditirunya, kecuali sifat Nabi Muhammad kerana ditegah oleh Allah. Raja iblis juga menjelaskan apa sebab dicabutnya iktikad anak adam supaya menjadi kafir. Raja Iblis memberitahu kerana Nabi Muhammad bersungguh-sungguh memberi nasihat mengajak manusia ke arah kebenaran supaya kuat mereka itu kepada agama Islam, begitulah syaitan bersungguh-sungguh menarik sekalian manusia itu kepada kekafiran dan murtad serta munafiq. Membawa ke ajalan yang salah dan berharap bahawa mereka itu akan kekal bersama-samaku di neraka kelak.
Berdasarkan soalan pertama ini dan melihat kepada jawapan yang diberikan, maka sebagai manusia yang telah Allah jadikan sebaik-baik kejadian yang diberi anugerah akal fikiran, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata. Tiada kebahagiaan yang dijanjikan oleh syaitan, keseronokan yang dibisikkan hanyalah janji palsu dan sementara... hanyalah kekal bersama-sama syaitan di dalam neraka di akhirat kelak yang menjadi matlamat syaitan laknatullah. Allah telah bagi kita umat Islam al-quran serta sunnah untuk diikut, bukannya hasutan syaitan yang Allah laknat.

Soalan kedua memperlihatkan fenomena sekarang. Mungkin sejak dahulu sudah ada, tetapi apa yang dilihat, situasi ini semakin teruk pada masa kini. Apa yang ditanya oleh Nabi Muhammad ialah: “Hai, Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?” Jawapan yang diberikan ialah, “ Ya Nabi Allah! Iaitu satu kemajuan bagi perempuan-perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya mengeluarkan benih yang bersalah-salahan sifatnya dan syaitan menggoda semua manusia supaya meninggalkan sembahyang dan supaya leka dengan makan minum dan berbuat durhaka, sesetengahnya syaitan lalaikan dengan harta bendanyadaripada emas, perak dan rumahnya serta kebun ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan di atas segala pekerjaan yang haram. Telah banyak lelaki dan perempuan yang terpesung imannya lalu dikerahkan segala bala tentera syaitan daripada jin, iblis dan sayaitan menarik mereka itu kepada jalan derhaka, demekian juga pada temasya yang bercampur lelaki perempuan, maka di situlah syaitan lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah mereka itu hingga minum arak lagi menarik kawan dan memaksa minum arak, maka hilanglah akal dan fikirannya serta hilanglah malunya lalu syaitan menghulurkan tali cinta asyik jadi, terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, maka datanglah dengki hasad hingga membawa kepada perlakuan zina. Maka, apabila telah jadi kasih antara kedua-duanya, maka terpaksalah mereka mencari wang dengan jalan yang haram, dan apabila mereka teringat atas kesalahan dan kesilapan itu lalu hendak bertaubat, maka syaitan halang supaya bertangguh dan bertempoh pada segala pekerjaan kebajikan serta syaitan goda bertambah-tambahlah keras supaya melazimkan maksiat itu dan mengambil isteri orang. Maka, telah berapa ramai umat telah sesat di jalan ini. Dihasut pula anggota serta masuk ke dalam badan. Apabila hatinya digoda, sentiasalah mereka itu takabbur dan riak, melengah-lengahkan amalnya dan sombong. Apabila digoda pada lidahnya, maka sentiasalah mereka berdusta, mencela, menghina, mengumpat. Demekianlah, syaitan menghasut manusia siang dan malam, setiap saat dan ketika”.

Apa yang dapat dikatakan lagi? Jawapan Raja Iblis itu seperti yang berlaku pada zaman sekarang. Berzina dan membuang anak semakin meruncing, suami isteri bercerai disebabkan bersedudukan dengan lelaki atau wanita lain, kes tangkap khalwat tidak lagi orang bujang sahaja, suami atau isteri orang juga ada yang terlibat, kes rogol yang dilakukan tatkala mabuk minum arak, dan pelbagai kes yang sangat kritikal. Ini semua disebabkan manusia mengikut kata – kata syaitan yang hanya ingin melihat manusia tersungkur dilembah kehinaan sepertinya. Meringkuk dalam neraka selama-lamanya bersama-samanya. Syaitan mencari teman untuk bersama-samanya di dalam neraka kelak. Wahai manusia, ikutlah yang dikatakan oleh Allah, seperti yang disampaikan oleh pesuruhNya, Rasulullah, ikutlah Islam, bukan ikut syaitan yang secara keseluruhannya hanya ingin menyesatkan manusia. Mohonlah perlindungan Allah daripada hasutan syaitan. Moga-moga kita terpelihara.

Penulisan ini tidak menyatakan kesemua soalan sebanyak 40 soalan seperti di dalam buku yang Mubtadid baca tetapi hanya mengambil beberapa soalan sahaja.
Soalan Nabi Muhammad yang kesepuluh, “ Bagaimanakah tipudaya engkau kepada umatku?” Maka jawab iblis, “ Umat tuanhamba itu ada 3 macam:- 1) seperti hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuh-tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lain-lain iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan menjauhi segala tegahannya dan kata Jibrail, “ Adapun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat”. 2) umat tuanhamba itu seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan reda akan kurnia Tuhan kepadanya serta berbuat kebajikan dan 3) umat tuanhamba itu keadaannya seperti Firaun terlampau tamak dengan harta dunia dihilangkan amal akhirat. Maka sukacitalah hamba kepadanya, lalu hamba masuk kedalam tubuhnya, hamba putar hatinya menuju ke lautan derhaka. Apabila telah tetap pada jalan kejahatan, maka hamba bawalah dirinya ke mana hamba suka, jadi ia sentiasa bimbang dan risau akan dunia, dan tiada suka menuntut ilmu, sempitkan masa untuk beramal, tiada hendak mengeluarkan zakat hartanya, yang miskin hendak beribadat, hamba goda biar kaya dahulu, bila Tuhan sampaikan cita-citanya, dilupakan untuk beramal, jika terkena sakit, tiadalah sabar, hatinya bimbang akan hartanya, dan sesetengah yang kaya asyik berebut dunia, cakap besar kepada sesama islam dan benci kepada miskin dan menghina mereka dan mengeluarkan harta di jalan maksiat dan menabur harta kepad perempuan jahat dan tempat jufi dan kelab-kelab”.
Maka, itulah golongan yang disukai oleh syaitan. Digodanya untuk bertambah sesat. Dunia dijadikan keutamaan yang tiada tandingan, sehingga akhirat tiada langsung difikirkan dan tiada dalam kamus kehidupan. Wahai teman-teman, sesungguhnya dunia ini hanya jambatan untuk kita ke akhirat, tidak selamanya di dunia ini. Di sinilah kita mencari bekalan pahala, keredhaan Allah untuk membolehkan kita hidup tenang, bahgia, aman dan damai di akhirat kelak. Sesungguhnya akhirat itu kehidupan yang selama-lamanya. Tempat tiada matinya kita. Antara syurga dan neraka, pilihan tempat tinggal kita di akhirat. Segalanya ditentukan dengan kehidupan kita di dunia. Masyaallah, besar sungguh balasan untuk orang yang beriman serta bertaqwa kepada Allah, besar juga azab kepada orang yang ingkar kepada Allah. Allahuakhbar, sesungguhnya tiada apalah pada kita sebagai manusia yang lemah ini. Allah tempat kita mengadu, tuhan yang selayak-layak disembah, bukan menjadikan syaitan sebagai rujukan kehidupan hingga ke lembah kehinaan yang amat teruk, tinggal bersama syaitan di dalam neraka selama-lamanya. Itulah misi syaitan yang berusaha keras menggoda manusia! Ayuh, marilah kita mantapkan iman kita, tingkatkan ketaqwaan kita, dekatkan diri kepada Allah sentiasa! Jangan kita termakan hasutan syaitan alaihi laknat dan marilah kita gagalkan misi syaitan ke atas diri kita!

Soal Nabi Muhammad yang ke 23: “Hai iblis! Siapa pula sahabat yang hampir kepada engkau?” lalu berkatalah Raja Iblis, “ iaitu orang yang meminum arak atau tuak, hisap candu atau ganja kerana bahayanya telah zahir membawa pecah-belah dan perkelahian dan penceraian.”

Soal Nabi Muhammad yang ke 24: “Hai Iblis! Siapa pula yang sekutu dan sedudukan dengan engkau?” maka jawab Raja Iblis, “ apabila bertemu antara lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyum yang menarik hati di antaranya dan apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak membangkitkan nafsu baginya dan manakala dipandang hadapannya hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang berada pada dadanya lalu hambapanah berbetulan pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Bermulalah orang yang tiada memelihara hatinya nescaya tiadalah terpelihara ia akan farajnya dan apabila tiada memeliharanya akan farajnya nescaya tiadalah ia akan terpelihara imannya.”

Soal Nabi Muhammad yang ke 26: “Hai Iblis! Di mana tempat perhimpunan engkau?” berkatalah Raja Iblis, “ Iaitu tiap-tiap rumah wayang dan tempat bermain joget dan seumpamanya seperti tempat percampuran antara pemuda dan pemudi”.

Soal Nabi Muhammad yang ke 28: “Hai Iblis! Apakah puji-pujian engkau?” maka sembah Iblis: “ iaitu suara orang yang menyanyi-nyanyi dan berpantun seloka dan suara sebagai bunyi-bunyian, kecuali orang yang menyanyi, berpantun, bernazam memuji tuhan kerana berlagu-lagu membaca nasyid dan selawat Nabi”.

Itulah sebahagian soalan dan jawapan yang terdapat dalam kisah pertemuan antara Nabi Muhammad dengan Raja Iblis. Sesungguhnya, jelas dan nyata, syaitan itu musuh yang nyata walau kehadirannya tidak dilihat dengan mata kasar kita.

Sabda Nabi- “bermula tiang dunia ini 4 perkara:- (1) dengan ilmu sekalian ulama, (2) dengan adil sekalian raja-raja (3) dengan kemurahan orang-orang kaya (4) dengan doanya sekalian orang-orang fakir. Maka, sekiranya di dunia ini tiada ulama nescaya binasa sekalian orang yang jahil dan sekiranya tiada adil sekalian raja nescaya memakan manusia ke atas manusia lain seperti harimau mengusir dan makan kambing. Sekiranya tiada kemurahan orang kaya nescaya binasa sekalian fakir miskin dan sekiranya tiada doa fakir miskin nescaya runtuhlah langit dan bumi”.

Semoga kisah ini dapat memberi kesedaran kepada kita bahawa syaitan alaihi laknat memusuhi manusia untuk menjadikan manusia kafir dan ingkar kepada perintah Allah. Berdoalah kepada Allah agar dipelihara kehidupan kita daripada tipu daya syaitan. Wallahua’lam

Khamis, 6 Januari 2011

Makanan

Kepada orang yang beriman,

Saya ingin memberi nasihat kepada kamu semua(orang beriman).jangan membeli makanan yang
mengandungi E472 hingga E482 dan 110 hingga 119 kerana makanan ini mengandungi lemak babi.
Janganlah kamu semua membeli KFC,MC dan lain -lan lagi kerana satu ketul ayam KFC itu bersamaan dengan satu peluru yang digunakan oleh yahudi.